Karnival Jom Heboh Melaka meriah

Karnival Jom Heboh
Melaka meriah

Karnival-Jom-Heboh-Melaka-meriah-IMAGE
MELAKA: Karnival Jom Heboh (KJH) 2024 Melaka mendapat sambutan hangat penduduk Melaka walaupun cuaca panas di Dataran MITC, Ayer Keroh di sini.
Pada hari kedua karnival semalam, antara yang mencuri perhatian ialah selebriti dan pelakon Saka Perawan Afieq Shazwan , Dr Ahmad Idham dan pelawak Yassin Senario yang terbabit dalam preview filem yang kini ditayangkan.
Gelagat selebriti terbabit menceriakan pengunjung termasuk permainan yang dikendalikan mereka di atas pentas yang menarik penyertaan warga emas, wanita, dewasa dan kanak-kanak.
Yasin berkata, dia teruja dapat bersama rakan pelakon dan pengarah bertemu ribuan penduduk Melaka serta pengunjung yang amat luar biasa baginya.
“Saya lihat sambutan di luar daripada kebiasaan yang mengagumkan. Saya sudah menyertai KJH antara dua atau tiga kali sebelum ini namun di Melaka amat luar biasa.
“Apapun filem Saka Perawan pasti menghiburkan dan jangan lepaskan peluang untuk ceria di panggung dan apa yang pasti KJH memberi ruang besar kepada orang ramai mendapat pelbagai informasi menarik,” katanya.
Melaka menjadi lokasi ketiga dalam penjelajahan KJH 2024 bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-40 yang menawarkan hadiah menarik untuk orang ramai menerusi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Vocket, Hot FM dan Kool 101.
Reruai yang disediakan menerusi KJH 2024 berjaya menghimpunkan lebih daripada 200,000 pengunjung di setiap lokasi.
Pelbagai jenis reruai dan aktiviti menarik khas buat pengunjung seperti: Studio Tonton Drama Sangat Studio Tonton Drama Sangat menganjurkan Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.
Penganjuran juga bertujuan untuk mengangkat seni kebaya yang sinonim dengan masyarakat peranakan iaitu Baba dan Nyonya, Chetti dan Portugis di negeri itu tanpa mengenal usia.
Malah pengunjung turut berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan barisan selebriti popular yang menghiasi slot drama dan program televisyen di TV3, TV9 dan Tonton.
Antara selebriti yang hadir termasuk Bella Astillah (Tonton: Leha Leya Lawa), Muaz Zabir (Tonton: Leha Leya Lawa), Shaza Bae (Akasia: Aku Bukan Ustazah), Husna Mustaffa (Akasia: Aku Bukan Ustazah), Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis), Ashraf Muslim (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis), dan ramai lagi!
Tidak ketinggalan terokai alam cicak gergasi dan saksikan pelbagai jenis dinasour ‘hidup’ kembali di reruai Dinoland @ NSTP selain alami suasana di zaman purba sambil bergambar dengan pelbagai jenis dinasour yang bergerak.
Dalam menghibur, TV3 juga menyediakan tabung sumbangan kemanusiaan Palestin menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.
Sementara itu, Ketua Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Melaka, Mohd Kamil Abu Bakar, berkata reruai agensi itu mendapat sambutan luar biasa sejak kelmarin dan semalam.
Katanya pengunjung mengambil kesempatan mendapat maklumat terkini pelbagai skim yang diperkenalkan termasuk memeriksa maklumat simpanan dan caruman mereka.
Beliau berkata paling hangat insentif skim i-saraan selain 15 perkhidmatan atau transaksi yang disediakan agensi terbabit kepada pengunjung.
Menurutnya, pengunjung termasuk dalam kalangan pelajar dan suri rumah berusia antara 14 hingga 60 tahun mendaftar i-saraan bagi meraih faedah menarik yang merangkumi insentif khas sehingga RM500, faedah kematian, dividen tahunan dan pelepasan cukai.
Kaberkata dua projek baharu itu ialah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka dan Taman Sutera di Kajang, Selangor.
“Kita tawarkan harga rumah yang cukup menarik iaitu bermula pada harga RM270,000 bagi projek di Melaka,” katanya.
Beliau berkata MTD Properties mempunyai tanah seluas lebih 1,800 ekar untuk menjalankan pembangunan hartanah di Melaka.
“Untuk projek di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu Cinerea Heights, projek rumah teres satu tingkat tersebut meliputi keluasan 21 ekar dengan 235 unit keseluruhan dan telah terjual sebanyak 50 peratus sejak prapelancaran pada awal tahun ini.

Photos by : Nazri Abu Bakar/Bharian